SJK(T) LADANG ULU REMIS

81850 LAYANG-LAYANG, JOHOR


SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1936 di sebuah bangunan kecil di Ladang Ulu Remis. Pada tahun 1962,tapak sekolah telah diubahsuai dan dipindahkan ke kawasan kilang Ulu Remis ( Tapak lama Kilang). Pada awlnya , 2 buah bilik darjah sahaja telah dibina untuk memuatkkan beberapa buah kelas.
Pada tahun 1964, dengan kerjasama pihak ladang (Guthrie), Jabatan Pendidikan Johor dan JKR, sebuah bangunan tambahan telah dibina untuk memuatkan 5 buah bilik darjah yang diasingkan dengan papan ’Papan Sekatan’(screen board). Kini ia diubahsuai dan telah dibina dinding batu sebagai pengganti ’Papan Sekatan’. Pada tahun ini juga sekolah ini diberikan nama sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Twitchin.
Pada tahun 1984, sekolah ini sekali lagi ditukarkan nama baru kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Ulu Remis.
Pada tahun 1970, satu blok tandas dibina menggantikan tandas yang lama dengan adanya bantuan modal daripada peruntukan Kementerian Pendidikan . Pada tahun 1974, satu lagi blok bangunan tambahan dibina juga daripada bantuan modal yang juga merupakan peruntukan Kementerian Pendidikan
Kantin sekolah juga telah dibina pada tahun 1983 daripada bantuan modal Kementerian Pendidikan. Pada tahun 1992, 2 buah bilik darjah telah ditambahkan juga daripada bantuan modal Kementerian Pendidikan. Penyelenggaraan bangunan sekolah juga dapat dibuat sekali sekala melalui bantuan daripada peruntukan MIC.
Walaubagaimanapun terdapat juga satu masalah yang sering dihadapi oleh pihak sekolah iaitu banjir pada setiap tahun. Bangunan bawah yang merangkumi 4 buah bilik darjah seringkali menjadi mangsa banjir. Memandangkan hal ini semakin serius maka , pihak MIC dengan kerjasama mendiang YB Datuk S.Krishnasamy telah menawarkan peruntukan untuk membina bangunan baru yang merangkumi 3 buah bilik darjah di paras bangunan pejabat. Kini projek bangunan baru ini sudah pun siap di bina dalam masa 2 bulan.

 
GURU-GURU SJK(T) LADANG ULU REMIS

 
BARISAN PENTADBIRAN
DAN PENGAWAS SEKOLAH
SJK(T) LADANG ULU REMIS

 
BARISAN GURU PENASIHAT
DAN AHLI TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
SJK(T) LADANG ULU REMIS

 
BARISAN GURU PENASIHAT 
DAN AHLI PENGAKAP
SJK(T) LADANG ULU REMIS

 
BARISAN GURU PENASIHAT 
DAN AHLI TUNAS PANDU PUTERI
SJK(T) LADANG ULU REMIS

 
KELAS TAHUN 6 MAJU
GURU KELAS : EN. K.KALIDASH

KELAS TAHUN 5 MAJU
GURU KELAS : PN S. ANBERESI

 
KELAS TAHUN 4 MAJU
GURU KELAS : EN.MOHD YUSREY M ROSLY

 
KELAS TAHUN 3 MAJU
GURU KELAS : PN. V. KANTHIMATHY

 
KELAS TAHUN 2 MAJU
GURU KELAS : EN K.SURENDRAN 


MURID TAHUN 1 MAJU
GURU KELAS : PN. R.MARIAMMAH

Entri Terkini

Powered by Blogger Widgets

Kata Alu-Aluan


Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Pelajaran Daerah Kluang kerana telah memberikan kesempatan dan kepercayaan penuh kepada saya dalam mengurus dan mentadbir sekolah jenis kebangsaan khususnya SJK(T) Ladang Ulu Remis bagi tahun 2008.

Dengan kepercayaan yang diberikan serta keazaman diri saya berhasrat untuk membawa sekolah ini melangkah setapak lagi ke hadapan. Sebagai seorang pemimpin juga seorang guru sudah pasti kecemerlangan sekolah dan kejayaan murid-murid amat dititik beratkan samada ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Sejarah sekolah ini yang telah di anugerahkan sebagai Sekolah Harapan Negara sedikit masa dahulu telah membuktikan bahawa adalah tidak mustahil untuk sekolah ini bangkit kembali.

Falsafah pendidikan kebangsaan jelas menggariskan elemen-elemen penting ke arah pembentukan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Berpegang kepada falsafah ini, saya percaya kecemerlangan dan kejayaan sekolah akan dapat dicapai.

Saya berharap dengan pendekatan ‘Sekolah Penyayang’ yang diamalkan akan dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah di masa-masa yang akan datang . Suasana sekolah yang selesa serta kemesraan penghuninya adalah keutamaan saya dalam memastikan keberkesanan dan kualiti sesebuah sekolah dapat dikecapi.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah menyumbang bakti dan tenaga demi kecemerlangan dan kegemilangan sekolah.

SENARAI GURU BESAR


En.S.Pakianathan ( 1936—1964 )

En.P.Thambusamy ( 1964—1977 )

En.A.Subramaniam ( 1977—1978 )

En.V.Balan ( 1978—1979 )

En.S.Vickneswaran ( 1979—1980 )

En.S.Poongavanam ( 1981—1984 )

En.A.Subramaniam ( 1985—1992 )

En.V.Wrickrama Suriya ( 1992—1994 )

En.K.Nadaraja ( 1994—1998 )

En.K.Kanan ( 1998—2002 )

En.S.Jeyaraman ( 2002—2007 )

Pn.R.Mani Moli Devi ( 2007— 2008I)

En.L.Subramaniam ( 2008— KINI)

SENARAI NAMA GURU & KAKITANGAN

En.L.Subramaniam ( Guru Besar)

Cik M.Papathy (GPK 1)

En.S.Mayachandran (GPK HEM)

Pn.S.Murugamah (GPK KO)

Pn.S.Anberesi (Guru)

Cik S.Ganeshwari (Guru)

En Mohd Yusrey M Rosly (Guru)

En.K.Surendran (Guru)

En.K.Kalidash (Guru)

Cik R.Mariammah (Guru)

En.S.Mahentran (Guru)

Pn.V.Kanthimathi (Guru)

Cik S.Santhi (Guru)

EN.Abd Razak B. Abd Rahman( PTR)