SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1936 di sebuah bangunan kecil di Ladang Ulu Remis. Pada tahun 1962,tapak sekolah telah diubahsuai dan dipindahkan ke kawasan kilang Ulu Remis ( Tapak lama Kilang). Pada awlnya , 2 buah bilik darjah sahaja telah dibina untuk memuatkkan beberapa buah kelas.
Pada tahun 1964, dengan kerjasama pihak ladang (Guthrie), Jabatan Pendidikan Johor dan JKR, sebuah bangunan tambahan telah dibina untuk memuatkan 5 buah bilik darjah yang diasingkan dengan papan ’Papan Sekatan’(screen board). Kini ia diubahsuai dan telah dibina dinding batu sebagai pengganti ’Papan Sekatan’. Pada tahun ini juga sekolah ini diberikan nama sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Twitchin.
Pada tahun 1984, sekolah ini sekali lagi ditukarkan nama baru kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Ulu Remis.
Pada tahun 1970, satu blok tandas dibina menggantikan tandas yang lama dengan adanya bantuan modal daripada peruntukan Kementerian Pendidikan . Pada tahun 1974, satu lagi blok bangunan tambahan dibina juga daripada bantuan modal yang juga merupakan peruntukan Kementerian Pendidikan
Kantin sekolah juga telah dibina pada tahun 1983 daripada bantuan modal Kementerian Pendidikan. Pada tahun 1992, 2 buah bilik darjah telah ditambahkan juga daripada bantuan modal Kementerian Pendidikan. Penyelenggaraan bangunan sekolah juga dapat dibuat sekali sekala melalui bantuan daripada peruntukan MIC.
Walaubagaimanapun terdapat juga satu masalah yang sering dihadapi oleh pihak sekolah iaitu banjir pada setiap tahun. Bangunan bawah yang merangkumi 4 buah bilik darjah seringkali menjadi mangsa banjir. Memandangkan hal ini semakin serius maka , pihak MIC dengan kerjasama mendiang YB Datuk S.Krishnasamy telah menawarkan peruntukan untuk membina bangunan baru yang merangkumi 3 buah bilik darjah di paras bangunan pejabat. Kini projek bangunan baru ini sudah pun siap di bina dalam masa 2 bulan.